BELLA Astillah terkejut dengan keputusan suami, Aliff Aziz yang enggan menceraikannya atas dakwaan masih sayangkan keluarga.
Bella menyangka kemelut rumah tangga mereka dapat diselesaikan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.
“Saya sudah penat dan memang tidak sangka dengan keputusan dibuat. Saya sangka hari ini selesai semuanya.
“Siapa yang tidak sayangkan rumah tangga. Saya percaya, siapa yang berkahwin mahukan perceraian?
“Fikir saya suka turun naik mahkamah? Sebab itulah, selama ini, saya cuba pertahankan rumah tangga ini selama bertahun-tahun,” katanya kepada pemberita sebaik prosiding sebutan kali kedua permohonan cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, hari ini, berakhir.
Pasangan selebriti itu diperintah hadir proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 4 Jun ini berikutan aktor kelahiran Singapura itu tidak bersetuju dengan permohonan cerai difailkan isteri atas alasan masih sayangkan keluarga.
Pada prosiding sebutan kedua permohonan cerai difailkan Bella di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, hari ini, Aliff memberitahu, dia perlukan masa untuk berfikir.
Benar Yang Arif, tidak bersetuju (atas permohonan cerai). Ini bukan suatu keputusan yang boleh difikirkan dalam sehari, saya perlukan masa untuk berfikir bagi membuat keputusan yang besar ini,” katanya.
Sementara itu, peguam syariah mewakili Aliff, Hadi Salleh berkata, anak guamnya tidak bersetuju dengan permohonan cerai difailkan Bella.
“Saya menyatakan pihak defendan tidak bersetuju dengan permohonan yang difailkan pihak plaintif dan diteruskan dengan proses selanjutnya iaitu JKP,” katanya.
Ditanya mengapa masih mempertahankan rumah tangga biarpun mendakwa dicurangi suami sebanyak 11 kali, Bella percaya setiap individu ada had dalam hidup.
“Setiap individu ada had masing-masing. Selagi mana saya fikir mampu pertahankan, saya pertahankan walaupun ada yang cakap saya bodoh.
“Kalau betul dia masih sayangkan rumah tangga dan anak-anak, kenapa buka aib saya,” katanya.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, namun, pernah bercerai pada 16 Mei 2019.
Mereka kemudian kembali rujuk ketika masih dalam tempoh edah. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4. – (Dipetik laporan Berita Harian)
Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!