BERITA UTAMA

Wanita cedera tersepit van langgar tiang elektrik

KEPALA BATAS – Seorang wanita, pemandu van kilang cedera apabila kenderaan dipandunya terbabit dalam kemalangan dekat sini, awal pagi tadi.

Mangsa, berusia 56 tahun yang mengalami kecederaan di tengkuk dan dada dihantar ke hospital dengan ambulan untuk rawatan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas, PBK II Nazril Syazwani Khalil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 1.22 pagi.

Katanya, sepasukan sembilan anggota Bomba bersama sebuah jentera FRT dan kenderaan utility EMRS ke lokasi kejadian di Sungai Dua, Jalan Merbau Kudong, Kepala Batas.

“Sebuah van kilang telah terbabas lalu melanggar sebatang tiang elektrik. Seorang wanita berusia 56 tahun telah tersepit dalam van tersebut di bahagian pemandu.

“Anggota Bomba telah mengeluarkan mangsa menggunakan ‘Rescue Tool’ dan berjaya dikeluarkan pada jam 1.43 pagi.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian tengkuk dan juga dada serta diserahkan kepada pihak ambulan KKM untuk dihantar ke hospital bagi menerima rawatan selanjutnya,” katanya. – NasionalDaily

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *