BERITA UTAMA

Terharu Adira bantu promosi biskut raya, Datuk Red mula nampak ‘sinar’ dalam rumah tangga

BEKAS ahli perniagaan sensasi, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali Datuk Red mengaku terharu dengan isteri keduanya, penyanyi Adira Suhaimi.

Mana tidaknya, pelantun lagu ‘Kesempatan Bagimu’ itu masih memberi sokongan dan sanggup membantu dalam mempromosikan perniagaan kuih raya milik suaminya.

Tindakan Adira membuatkan Datuk Red yakin masih ada lagi ‘kesempatan’ buatnya untuk menyelamatkan perkahwinan mereka yang berada di ambang perceraian itu.

Perkara tersebut dikongsikan Datuk Red dalam sesi siaran langsung di akaun TikTok miliknya ketika melancarkan perniagaan baharunya selepas diisytiharkan muflis.

Usahawan itu turut berkongsi ucapan terima kasih kepada para peminat yang telah membantu mendoakan kelangsungan rumah tangganya bersama isteri keduanya itu.

“Kamu semua tengok, tadi dia (Adira) ada muat naik video (promosi kuih raya). Ada nampaklah sinar itu. Saya haraplah. Terima kasih tuan puan yang mendoakan,” katanya.

Adira sebelum ini mencuri tumpuan ramai selepas memuat naik video yang berunsur jenaka bersama anak gadisnya, Anggerik untuk mempromosikan produk Datuk Red.

Tidak hanya berjaya mencuit hati pengguna media sosial, rakaman berkenaan turut dibanjiri pujian terhadap sikap positif pemilik nama sebenar Siti Adira Suhaimi itu.

“Kita sokong Datuk Red jual biskut raya. Esok (hari ini) boleh dapat di ‘beg kuning’.” Tulis Adira di dalam ruangan kapsyen hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Adira memfailkan perceraian pada 25 Oktober tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor kerana tiada persefahaman.

Adira sebelum ini pernah memfailkan perceraian pada tahun 2019, namun membuat keputusan menarik semula permohonan tersebut demi anak-anak mereka.

Pasangan yang menikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 6; Asan, 5; Anggun, 4; dan Ayob yang kini berusia setahun.

Sekadar info, isteri pertama Datuk Red iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila yang dikenali ramai dengan gelaran Datin Red turut memfailkan perceraian Januari lalu.

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *