PUTRAJAYA – Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dato Seri Mukhriz Mahathir mahu parti itu bermuhasabah diri selepas mendapat isyarat jelas dari rakyat menerusi dua pilihan raya terdahulu.
Mengulas isu tersebut, beliau berkata, suasana politik negara masih lagi agak bercelaru dan merasakan Pejuang tidak perlu terlalu menonjol dalam arena politik semasa, sebaliknya membina kekuatan dalaman dahulu.
“Rakyat memberi satu isyarat yang agak jelas pada kami dalam dua pilihan raya yang lepas dan kita juga tahu suasana politik negara pun masih lagi agak bercelaru. Jadi, kita rasakan baik kita tak terlalu menonjol dalam arena politik semasa ketika ini dan bergiat untuk membina kekuatan dalaman dahulu.
“Sambil itu kita cuba fikirkan politik macam mana yang sepatutnya diamalkan di Malaysia ini yang akan memberi manfaat kepada rakyatnya,” katanya.
Mukhriz berkata, punca segala masalah ketika ini ialah politik yang tidak stabil.
Katanya, kalau masih lagi tidak berubah, Pejuang akan mengulangi kesilapan demi kesilapan dan tidak akan mewujudkan keadaan yang stabil.
“Saya ingat peranan perjuangan kita tidak ikut acuan parti politik lain. Kita nak mengorak langkah kita yang sendiri,” katanya.
Sebelum ini, parti Pejuang telah menyertai dua pilihan raya iaitu PRN Johor 2022 dan PRU 15 2023, di mana semua calonnya tewas di kerusi yang ditandinginya. – NasionalDaily
Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!