BERITA UTAMA

Lawatan kerja sehari Anwar ke Perlis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Alor Setar, Kedah petang ini untuk sesi lawatan ringkas ke Perlis dan langsung ke Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis untuk mempengerusikan Taklimat Pembangunan Negeri Perlis.

Turut hadir, Menteri Besar Perlis, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Mufti Perlis, selain ketua jabatan serta agensi kerajaan pusat dan negeri yang terlibat.

Perbincangan selama satu jam menyentuh pelbagai isu dan keperluan pembangunan di Perlis, antaranya projek Dataran Kuala Perlis, Pasar Pelancongan Kuala Perlis, pembinaan jalan bagi menghubungkan Jalan Pesisiran Pantai (R152) ke Kuala Sanglang serta penyelenggaraan gerai dan kiosk di seluruh negeri itu.

Menteri Besar Perlis turut membangkitkan permohonan peruntukan tambahan bagi Projek ICQS Wang Kelian, Mesin Pengimbas di Pelabuhan Darat Perlis serta peruntukan mengurus bagi kerajaan Perlis.

Mengambil kira keperluan yang mendesak, beliau luluskan peruntukan tambahan sebanyak RM14 juta bagi Projek ICQS Wang Kelian untuk menyelesaikan segera isu kesesakan di pintu masuk negara.

Beliau juga singgung potensi negeri Perlis sebagai destinasi pelancongan dan bagaimana negara kita berbelanja tinggi untuk menanggung kos subsidi harga barang asas, namun harga makanan di negara kita masih lebih mahal berbanding di destinasi pelancongan negara jiran.

Anwar percaya jika ada usaha untuk mengatasi masalah ini, lebih ramai pelancong akan datang ke destinasi pelancongan di Perlis. – NasionalDaily

 

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *