NEW DELHI – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di Punjab, India dilaporkan maut selepas memakan kek yang dibeli dalam talian untuk sambutan hari lahirnya.
Datuk mangsa, Harban Lal berkata, cucunya, Manvi dan adiknya serta seluruh keluarganya telah jatuh sakit selepas memakan kek itu yang ditempah dalam talian dari sebuah kedai kek terletak di Patiala.
Beberapa jam sebelum kematian tragis itu, terdapat rakaman memotong kek oleh Manvi sempena hari lahirnya yang ke-10 tahun telah tersebar di media sosial.
Lal berkata, keluarga itu menempah kek pada jam 6 petang (waktu tempatan) dan Manvi memotong kek itu pada jam 7 malam, 24 Mac lalu.
Menjelang jam 10 malam, seluruh keluarga itu jatuh sakit dan muntah, manakala Manvi mengadu mulutnya kering dan kerap meminta air sebelum tidur.
Keesokan paginya keadaan Manvi semakin teruk dan keluarganya membawanya ke hospital.
Beberapa jam selepas itu doktor mengesahkan Manvi meninggal dunia pada hari yang sama.
Keluarga Manvi mendakwa kek coklat ditempah dari kedai itu mungkin tercemar atau beracun.
Justeru, mereka membuat laporan polis terhadap kedai tersebut dan pihak berkuasa mengesahkan bahawa mereka sedang melakukan siasatan lanjut.
“Bedah siasat telah dijalankan dan sampel kek itu telah dihantar untuk diuji. Kami sedang menunggu laporan tersebut,” kata polis. – Agensi
Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!