BERITA UTAMA

Stoking kalimah Allah: Kerajaan beri laluan penuh polis siasat, tidak campur tangan – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak campur tangan sebarang proses siasatan berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah oleh KK Mart cawangan Bandar Sunway di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan memberi laluan penuh kepada polis untuk menjalankan siasatan dan menyifatkan isu itu bukan boleh diselesaikan melalui sebarang tindakan oleh gerombolan berasingan.

“Kita serah pada siasatan profesional, namun pada masa sama kerajaan tetap berpendirian tiada tolak ansur terhadap perbuatan sedemikian terutama melibatkan agama Islam, agama Persekutuan di negara ini.

“Namun, bukan agama Islam sahaja, (juga) termasuk menghina mana-mana kaum dan agama lain, ia tiada tolak ansur. Kita nak selamatkan negara dan perlu tindakan tegas bagi menentukan tidak berlaku mana-mana perlakuan (seperti itu) lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-217 di Pusat Latihan Polis di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalannya Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain. – BERNAMA

 

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!I

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *