Kedudukan Abdul Hadi tidak tercabar

Abdul Hadi sahkan PAS hadir PAU 2026

KOTA BHARU – PAS mengesahkan akan memenuhi jemputan UMNO untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 yang dijadualkan berlangsung mulai 9 September ini.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu akan menentukan pemimpin yang akan dihantar sebagai wakil ke perhimpunan berkenaan.

“Kita akan menghantar wakil nanti dan kita akan putuskan siapa wakilnya,” katanyakepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS Ke-72 di sini, hari ini.

Menurut Abdul Hadi, kehadiran barisan kepimpinan UMNO diketuai Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr. Asyraf Wajdi Dusuki pada Muktamar Tahunan PAS Ke-72 turut mencerminkan keterbukaan dan perkembangan positif dalam hubungan antara kedua-dua parti.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Pada masa sama, kehadiran pimpinan UMNO diketuai Setiausaha Agung, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki, pada Muktamar PAS hari ini menandakan sikap keterbukaan dan sangat positif atas jemputan kita,” katanya.

Sebelum ini, UMNO dilaporkan menjemput kepimpinan tertinggi PAS untuk menghadiri PAU 2026 yang dijadual berlangsung dari 9 hingga 12 September.

Asyraf Wajdi sebelum ini dilaporkan berkata, keputusan untuk menjemput kepimpinan PAS itu dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 28 Ogos lalu.

Telegram: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *