Fokus pulih sokongan UMNO, ketepi jawatan dalam kabinet - Dr Akmal

Akmal Saleh: Isu KKDW bukan berbelanja sesuka hati melebihi peruntukan

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh menegaskan isu berkaitan perbelanjaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang melebihi jumlah peruntukan tidak seharusnya dilihat seolah kementerian itu berbelanja sesuka hati tanpa kelulusan kerajaan.

Beliau berkata, asas tatacara kewangan kerajaan menetapkan setiap projek pembangunan yang dicadangkan oleh mana-mana kementerian perlu terlebih dahulu mendapatkan kelulusan Kementerian Kewangan (MOF) sebelum ia boleh dilaksanakan.

Menurutnya, MOF akan meneliti setiap cadangan pembangunan termasuk dari aspek kemampuan kewangan kerajaan bagi menentukan sama ada sesuatu projek itu boleh dilaksanakan atau sebaliknya.

“Jika boleh, barulah Kementerian Kewangan memberikan kelulusan dan kementerian yang memohon bertindak sebagai badan pelaksana.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Mana-mana kementerian tidak boleh berbelanja sesuka hati tanpa kelulusan Kementerian Kewangan,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya terdapat keperluan untuk membuat perbelanjaan melebihi jumlah yang diperuntukkan, perkara itu juga perlu melalui proses dan mendapatkan kelulusan Kementerian Kewangan terlebih dahulu.

Dr. Akmal berkata, isu perbelanjaan melebihi peruntukan bukan hanya berlaku membabitkan KKDW, sebaliknya terdapat kementerian lain yang turut merekodkan perbelanjaan melebihi jumlah peruntukan ditetapkan.

Sebagai contoh, katanya, Kementerian Pendidikan pada 2024 menerima peruntukan sebanyak RM58.726 bilion, namun jumlah perbelanjaan direkodkan ialah RM59.871 bilion.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Jadi, isu yang dibangkitkan oleh Timbalan Perdana Menteri bukan kementerian berbelanja sesuka hati melebihi peruntukan.

“Isunya adalah projek yang dipohon sudah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan, tetapi peruntukan tidak sampai ke KKDW. Itu isunya,” katanya.

Beliau berkata, perkara berkenaan perlu difahami dengan jelas bagi mengelakkan persepsi sesebuah kementerian mengambil keputusan untuk berbelanja tanpa mematuhi tatacara kewangan kerajaan.

Dr. Akmal turut mempersoalkan tahap kefahaman mengenai pengurusan kewangan kerajaan dalam kalangan pihak yang sepatutnya memahami proses berkenaan.

“Kalau tahap orang biasa yang tidak faham asas kewangan negara, kita boleh terima.

“Tetapi ini Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri pun tidak faham, memang makin kuatlah rakyat nak jadikan PMX kepada XPM,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan perlu memberikan penjelasan yang tepat berhubung kedudukan peruntukan dan kelulusan projek supaya tidak timbul kekeliruan dalam kalangan rakyat berhubung pengurusan kewangan negara.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *