SPR kekal komited urus pilihan raya secara adil, telus dan berintegriti

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang menyambut ulang tahun penubuhan ke-69 hari ini, komited untuk terus melaksanakan tanggungjawab mengurus proses pilihan raya negara secara adil, telus, cekap dan berintegriti.

SPR menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan, sepanjang 69 tahun, SPR terus melangkah seiring perubahan zaman dalam memperkukuh sistem demokrasi menerusi pilihan raya.

SPR juga berterusan meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat dengan cekap dan telus.

“Semoga SPR terus teguh melangkah, kukuh berintegriti dan terus menjadi institusi demokrasi yang diyakini, dalam memastikan proses demokrasi negara sentiasa terpelihara dan sejahtera.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“SPR, cekap dan telus,” menurut hantaran itu.

SPR ditubuhkan pada 4 Sept 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dan semasa penubuhannya SPR dianggotai oleh seorang pengerusi dan dua orang ahli.

Pengerusi pertama suruhanjaya itu ialah Datuk Dr Mustafa Albakri Hassan, manakala dua ahli ketika itu ialah Lee Ewe Boon dan Ditt Singh.

Berikutan dengan penubuhan Malaysia pada 1963, bilangan ahli suruhanjaya itu ditambah kepada tiga orang. 

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Ahli tambahan itu sama ada dari Sabah atau Sarawak yang dilantik secara bergilir-gilir.

Keanggotaan SPR kemudiannya diperluas kepada tujuh orang pada 2002, terdiri daripada seorang pengerusi, timbalan pengerusi dan lima ahli, termasuk masing-masing seorang wakil dari Sabah dan Sarawak. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *