BERITA UTAMA

Sembilan kilang di Sungai Buloh hangus terbakar

SHAH ALAM – Sekurang-kurangnya sembilan kilang, lapan daripadanya hangus 100 peratus terbakar dalam kejadian di Jalan Industri 5, Kampung Baru Sungai Buloh, dekat sini, petang semalam.

Daripada sembilan kilang itu, tujuh melibatkan kilang perabot dan masing-masing satu kilang plastik serta kilang kimia.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, anggota bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 9.30 malam tadi dan kerja baik pulih masih giat dijalankan.

“Maklumat terkini yang dilaporkan, kebakaran ini telah melibatkan sembilan kilang berkeluasan 200 kaki kali 100 kaki setiap lot bangunan. Anggaran kemusnahan adalah lapan kilang telah terbakar 100 peratus, manakala sebuah lagi terbakar 50 peratus.

“JBPM negeri terima panggilan kebakaran ini pada jam 5.38 petang dan pasukan Bomba daripada BBP Sungai Buloh serta dibantu enam BBP berhampiran telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera pemadaman sejurus panggilan diterima.

“Operasi pemadaman awal diketuai TPgB II Azmel Kamarudin. Ketika jentera pertama tiba di lokasi, kebakaran pada awalnya hanya melibatkan lima kilang telah musnah dianggarkan sehingga 80 peratus.

“Bagaimanapun, kebakaran ketika itu masih tidak dapat dikawal menyebabkan tambahan jentera serta keanggotaan daripada tiga balai lain turut digerakkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kata beliau, semua lima kilang tersebut kemudian musnah 100 peratus dan dalam masa sama, sebuah lagi kilang dengan keluasan sama turut mengalami kemusnahan dianggarkan sehingga 40 peratus.

Menurut Wan Md. Razali, pasukan Bomba bertindak menjalankan operasi pemadaman bagi mengawal kebakaran berlaku, yang mana akhirnya berjaya dikawal pada jam jam 7.40 malam.

Sehingga kini, katanya, sejumlah 72 anggota Bomba pelbagai pangkat telah ditugaskan dalam operasi itu melibatkan tujuh jentera FRT, sebuah jentera LFRT, lima jentera Water Tanker, satu kenderaan BATV serta sebuah kenderaan Unit EMRS.

Sembilan BBP terlibat selain BBP Sungai Buloh ialah BBP Damansara, BBP Rawang, BBP Selayang, BBP Batu Arang, BBP Sungai Pinang, BBP Shah Alam, BBP Puchong, BBP Sri Hartamas dan BBP Cyberjaya. – NasionalDaily

 

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *