Lelaki hilang selepas terjun jambatan Bukit Kuang

KEMAMAN – Seorang lelaki dipercayai hilang selepas terjun dari jambatan Bukit Kuang, Kemaman dekat sini, malam ini.

Gerakan mencari dan menyelamat mangsa oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chukai diteruskan selepas menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 7.29 mlm.

Menurut Komander Operasi PBK II KUP Mohd Azmi Mat Salleh, seramai sembilan anggota bomba dari BBP Chukai telah bergegas ke lokasi kejadian dengan jentera FRT dan kenderaan Unit EMRS.

Katanya, maklumat awal yang diterima seorang lelaki berusia 44 tahun dipercayai telah terjun dari jambatan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Dalam masa yang sama, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), BBP Chukai telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi membantu menjalankan kerja pencarian mangsa.

Pihak Bomba yang berada di lokasi telah melakukan tinjauan dan pencarian di persisiran sungai dengan menggunakan bot milik orang awam. – NasionalDaily

 

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *