BERITA UTAMA

Polis serbu kilang Xin Jian Chang, rampas 5 pasang stoking tulisan Allah

BATU PAHAT – Polis merampas lima pasang stoking tertera tulisan kalimah “Allah” dalam pemeriksaan di kilang Xin Jian Chang Sdn. Bhd. dekat Batu Pahat, 9 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, 40 anggota dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor dan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Batu Pahat dikerahkan untuk memeriksa kilang tersebut.

Beliau berkata, dalam pemeriksaan itu, polis telah merampas lima pasang stoking dengan tulisan “Allah” yang dipulangkan oleh kedai serbaneka KK Mart Sunway.

“Ketika pemeriksaan, pihak pengurusan kilang Xin Jian Chang telah memberi kerjasama sepenuhnya.

“Siasatan mendapati stoking telah ditempah dari China dan pihak kilang hanya terlibat dalam membungkus dan mengedar stoking untuk pasaran.

“Setakat ini dua cawangan KK Mart di Banday Sunway dan sebuah lagi di Sunway Mentari di Petaling Jaya, Selangor dikesan terlibat dalam penjualan stoking berkenaan dan telah dipulangkan kembali kepada kilang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, siasatan mendapati pihak kilang telah mengimport 16 ‘bundle’ yang berjumlah 18,800 pasang stoking.

Ismail berkata, pemeriksaan masih lagi dibuat satu persatu dan sehingga kini tiada lagi stoking dengan tulisan “Allah” dijumpai kecuali rampasan awal.

Kes disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia 1998 oleh Unit Siasatan Terkelas Bukit Aman.

“Orang ramai diminta untuk tidak membuat tindakan yang menyalahi undang-undang seperti perhimpunan atau demostrasi berkaitan iu ini yang boleh menjejaskan ketenteraman awam,” ujarnya. – NasionalDaily

 

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *