LIMA – Panahan kilat membunuh seorang pemandu pelancong Peru dan mencederakan enam rakyat Perancis ketika pendakian di gunung pelbagai warna Vinicunca, sebuah kawasan tumpuan pelancong di tengah Andes, menurut pihak polis kelmarin.
Gunung tersebut, salah satu kawasan paling ikonik di Peru bersama dengan Machu Picchu, telah menjadi tarikan utama sejak dekad lepas, ketika suhu panas mencairkan glasier yang menutupinya dan mendedahkan warna di sebaliknya.
Polis Peru menyatakan dalam satu kenyataan, panahan kilat pada tengah hari Ahad telah menyebabkan pelancong dari Perancis berusia 22 hingga 40 tahun itu mengalami “melecur dan kecederaan”.
Mereka telah dimasukkan ke hospital di bandar Cusco.
Gunung Vinicunca, juga dikenali sebagai gunung pelangi atau gunung dengan tujuh warna, memiliki belang-belang warna yang ketara di sekitar cerunnya, akibat akumulasi sedimen selama berjuta-juta tahun.
Ia setinggi lebih 5,200 meter (17,000 kaki) di atas paras laut. — AFP
NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com