JOHOR – Dua lori bertembung di jalan Taman Impian Jaya menghala Selong, dekat sini, menyebabkan seorang maut di tempat kejadian.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 3.29 petang semalam, menggerakkan anggota dan jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai untuk kerja penyelamatan.
Komander Operasi diketuai PBK I KUP Baharudin Ab. Rahman berkata, sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati dua lori masing-masing membawa muatan tayar dan pasir berlanggar.
Katanya, terdapat dua mangsa dalam lori muatan tayar iaitu seorang lelaki berumur 40an yang telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan KKM.
“Manakala seorang lagi lelaki berumur 27 tahun terselamat dalam lori itu selamat.
“Begitu juga, seorang lelaki berumur 50 tahun dalam lori muatan pasir terselamat.
“Mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum bomba tiba di lokasi dan bertindak membuat pemantauan keselamatan serta memastikan tiada lagi mangsa yang terlibat,” katanya. – NasionalDaily
NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com