BERITA UTAMA

Houthi tembak kapal Pinocchio milik AS

KAHERAH – Tentera Houthi mendakwa mereka menembak kapal Amerika Syarikat (AS), Pinocchio menggunakan peluru berpandu di Laut Merah.

Jurucakap kumpulan dalam siaran televisyen hari ini, Yahya Sarea berkata, kumpulannya akan meningkatkan operasi tentera pada bulan Ramadan sebagai sokongan terhadap rakyat Palestin yang masih menderita perang di Gaza.

Menurut Pangkalan Data Awam yang dikendalikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pinocchio ialah kapal kontena dengan Liberia yang dimiliki oleh syarikat berdaftar di Singapura, OM-MAR 5 INC.

Serangan Laut Merah oleh tentera Houthi mengakibatkan gangguan terhadap laluan kapal dunia, memaksa syarikat kapal mengubah laluan ke perjalanan lebih jauh dan mahal dekat Afrika Selatan.

Tindakan Houthi mencetuskan kebimbangan perang Israel-Hamas boleh merebak lebih meluas dan menjejaskan kestabilan Asia Barat.

Pada Isnin, serangan udara gabungan AS-Britain mengenai bandar pelabuhan dan bandar kecil di barat Yaman, membunuh sekurang-kurangnya 11 orang dan mencederakan 14 yang lain.

Tentera gabungan Barat mendakwa mereka mempertahan laluan kapal dagang di Teluk Aden. – REUTERS

 

NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *