Lelaki menyamar polis ditangkap sedang peras ugut pemandu kereta

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditangkap menyamar sebagai anggota polis berhampiran Plaza Tol Duta menghala ke Plaza Tok Duke 2 ketika sedang memeras ugut orang awam Jumaat lalu.

Lelaki berusia 42 tahun itu yang mempunyai rekod lampau pelbagai kesalahan merupakan seorang anggota polis berpangkat Koperal yang telah dibuang kerja pada 2021 kerana aktiviti jenayah dilakukan.

Dari soal siasat awalan mendapati lelaki terbabit yang beralamat tinggal di Lorong Balai Raya Batu 5, Gombak masih aktif menyamar polis dengan melakukan aktiviti pemerasan di sekitar Sentul.

Beliau disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar penjawat awam.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Mengikut kronologi kes, pada Jumaat jam 12.30 tengah hari, dua anggota polis yang membuat rondaan melihat perbuatan lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.

“Apabila sampai di Plaza Tol Duta menghala Plaza Tol Duke 2, anggota polis peronda nampak seorang lelaki beruniform penuh polis dengan memakai vest menunggang motosikal jenis Yamaha Y-15.

Lelaki itu menahan sebuah kereta jenis Toyota Hilux untuk tujuan pemeriksaan menyebabkan pemandunya dalam keadaan takut.

“Dua anggota peronda yang mengesyaki sesuatu terus menghampiri untuk buat pemeriksaan, tetapi lelaki itu melarikan diri dan dikejar sebelum dapat menangkapnya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Dalam pergelutan itu, lelaki terbabit mengalami sedikit kecederaan di bahagian tangan kanan dan dibawa ke IPD Sentul untuk tindakan lanjut,” kata kenyataan. – NasionalDaily

 

NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *