Zakat Fitrah Kelantan ditetapkan RM7

KOTA BHARU – Kelantan menetapkan kadar bayaran zakat fitrah bagi negeri itu tahun ini sebanyak RM7.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, mana-mana individu yang hendak membuat bayaran RM14 atau RM21 berdasarkan keselesaan menurut harga beras yang dimakan adalah digalakkan.

Beliau berkata, perkara itu telah mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, sebagaimana peruntukan Perkara 6 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

“Kadar nisab zakat harta tahun ini ditetapkan sebanyak RM23,831 untuk haul antara Ramadan tahun 1445H hingga Ramadan tahun 1446H.

“Pembayaran zakat boleh dilaksanakan melalui perkhidmatan Kaunter Baitulmal di masjid bandar dan Jajahan atau menerusi portal MAIK di zakat.e-maik.my,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Tengku Temenggong Kelantan berkata, MAIK amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak untuk mengambil maklum tentang ketetapan ini.

“Bersama-sama kita menghidupkan Ramadan 1445H ini dengan amalan soleh dan tanggungjawab berzakat sebagaimana difardukan,” katanya.

 

NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *