BERITA UTAMA

Dr. Dzulkefly tinjau operasi harian HSNZ

MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad mengadakan lawatan kerja ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu hari ini.

Lawatan kerja itu bertujuan meninjau pengoperasian harian serta memantau keadaan semasa bangunan dan infrastruktur di hospital berkenaan.

Dr. Dzulkefly telah diberikan taklimat berkaitan Pelan Pembangunan HSNZ melibatkan projek baharu dan naik taraf yang sedang dilaksanakan dan dalam perancangan untuk jangka masa pendek serta panjang.

Hospital berkenaan mempunyai 1,134 katil di 53 wad.

Sehingga tahun 2023, HSNZ juga mempunyai 67 kepakaran dan sub-kepakaran yang ditawarkan kepada penduduk setempat merangkumi, hematology, psychogeriatric, paed neurology dan lain-lain.

Turut hadir pada lawatan menteri ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan; Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), Datuk Sri Norazman Ayob; dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr. Nor Azimi Yunus.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong dan Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah, Dr. Norazman Alias. – NasionalDaily

NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *