228 peserta PLW terokai ekosistem Putrajaya

SEBANYAK 114 pasukan berentap dalam Putrajaya Lake and Wetland (PLW) Explorace merebut gelaran Lake Warrior 2024 pada Sabtu lalu.

Explorace edisi ke-11 pada kali ini disertai 228 peserta yang terdiri daripada kategori pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan terbuka menerokai ekosistem Taman Wetland Putrajaya.

Peserta akan melalui perjalanan sejauh 15 kilometer sambil melakukan 10 tugasan bagi melengkapkan cabaran termasuk aktiviti ‘lake crossing’ di Central Wetland dan cabaran ‘fear factor’.

PLW Explorace anjuran Perbadanan Putrajaya (PPj) itu secara tidak langsung memberi ruang kepada peserta khususnya generasi muda menimba pengetahuan mengenai ekosistem Tasik dan Wetland Putrajaya yang kaya dengan pelbagai spesies burung, ikan, tumbuhan dan serangga, di samping memberi kesedaran berkenaan kepentingan memelihara keindahan serta keseimbangan alam sekitar. – NasionalDaily

 

NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *