BERITA UTAMA

MDTM nafi anjur Program Tanah Merah Berselawat

diadakan di Dataran MDTM tiada kelulusan atau kebenaran dari pihaknya.

“Mutakhir ini tular sebaran di aplikasi Facebook, WhatsApp atau seumpamanya mengenai penganjuran Tanah Merah Berselawat yang akan diadakan pada Sabtu ini di Dataran MDTM.

“Diingatkan bahawa program itu bukan penganjuran MDTM atau kerajaan negeri serta tiada kelulusan atau kebenaran dari Majlis Daerah Tanah Merah, Ketua Jajahan Tanah Merah dan IPD Tanah Merah, malah tiada kehadiran oleh mana-mana VIP jajahan atau negeri.

“Sekiranya warga awam ada menerima sebaran seperti gambar, iklan atau promosi berhubung program ini, diingatkan ia adalah tidak benar,” kata jurucakap itu.

Justeru, pihak penganjur dengan tegasnya diminta menurunkan semua iklan,  promosi atau pemberitahuan berkaitan program itu dengan segera dari Facebook dan Whatsapp bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai.

Sekiranya pihak penganjur gagal berbuat demikian, isu ini akan dipanjangkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan selanjutnya.

MDTM mengingatkan orang ramai berhati-hati dan semak dengan saluran rasmi kerajaan sebelum berkongsi apa-apa maklumat daripada sumber tidak rasmi. – NasionalDaily

 

NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *