BERITA UTAMA

LPT3 ‘game changer’ pengangkutan ke Pantai Timur

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu menyatakan bentuk model pembiayaan dan model operasi melalui permintaan untuk cadangan (RFP) bagi pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur 3 (LPT3).

Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar (PN-Kemaman) berkata, ianya agar pihak yang mengajukan RFP dapat mengetahui perolehan semula pulangan pelaburan (ROI) untuk terlibat dalam projek itu.

“Hal demikian akan memberi kesan kepada pelaksanaan tol dan juga mungkin akan memberi kesan sama ada cepat atau lambatnya projek ini dapat diteruskan.

“Seluruh rakyat di Pantai Timur mengucapkan jutaan terima kasih di atas usaha untuk menjadikan LPT3 sebagai suatu realiti, yang boleh menjadikan suatu ‘game changer’ terhadap sistem pengangkutan di Pantai Timur,” katanya dipetik Harakahdaily semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, Parlimen, di sini.

Dr Samsuri dalam soalan asalnya meminta Menteri Kerja Raya menyatakan status kelulusan peruntukan bagi pelaksanaan pembinaan LPT3 memandangkan kajian keberkesanannya telahpun selesai sejak Ogos 2022.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika menjawab soalan tersebut berkata, model pembiayaan menggunakan bina kendali dan pindah (BOT).

“Seterusnya pihak syarikat perlu membuat pembiayaan melalui bank, kemudian mendapat pulangan melalui pembayaran tol, (dan apabila) telah selesai dipulangkan kembali kepada kerajaan.

“Lebuh raya dalam bandar ini mudah (dapat) untung kerana lima hari okay dan dua hari tidak okay (kerana) orang bercuti pada hujung minggu.

“Tetapi lebuh raya antara bandar sepertimana di LPT3 ini, dia terbalik daripada lebuh raya dalam bandar. Lebuh raya dua hari okay, lima hari tak okay.. jadi oleh kerana itu, perlulah diteliti supaya perkara ini menguntungkan semua pihak,” katanya. NasionalDaily

NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *