BERITA UTAMA

Bak kut teh warisan negara hina institusi raja

KUALA LUMPUR – Gabungan Pertubuhan Nasionalis Tanah Air (NASIONALIS) menyifatkan pewartaan bak kut teh sebagai makanan warisan negara menghina Raja-Raja Melayu.

Ketua Sekretariatnya, Rashidi Haris berkata, pewartaan berkenaan jelas melampaui batas dan mencabar kedaulatan sultan.

“Sepatutnya ia tidak dijadikan makanan warisan negara kerana jelas perbuatan itu mencabar kedaulatan Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama.

“Ini kerana tidak ada satu negeri pun yang di bawah mana-mana baginda sultan pernah menjamu sup babi kepada para tetamu kehormat negeri,” katanya. – NasionalDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *