PETALING JAYA: Senheng New Retail Bhd (Senheng) menyasarkan jualan tahunan antara RM20 juta hingga RM21 juta dalam tempoh setahun menerusi cawangan Grand senQ di CITTA Mall.
Pengarah Urusan Senheng, Lim Kim Heng, berkata kumpulan menyasarkan jualan sekurang-kurangnya RM15 juta menerusi perniagaan runcit elektronik pengguna di cawangan berkenaan, manakala perkhidmatan Senheng Home Customisation (SHC) dijangka menyumbang antara RM5 juta hingga RM6 juta.
Beliau berkata, penawaran SHC mencerminkan strategi kumpulan untuk mempelbagaikan perniagaan melangkaui peruncitan elektronik pengguna tradisional kepada segmen pengubahsuaian dan kelengkapan kediaman.
Menerusi perkhidmatan itu, katanya, pelanggan yang membeli rumah baharu atau ingin melakukan pengubahsuaian boleh mendapatkan khidmat perancangan reka bentuk dalaman dan penyelesaian kelengkapan kediaman di bawah satu platform.

“Jika pelanggan mempunyai rumah baharu dan ingin melakukan pengubahsuaian, mereka boleh mendapatkan khidmat kami untuk membantu merancang reka bentuk kediaman,” katanya ketika ditemui media pada pembukaan rasmi cawangan Grand senQ CITTA Mall di sini.
Kim Heng berkata, permintaan terhadap produk elektrik dan elektronik pengguna di Malaysia kekal kukuh ketika ini.
Beliau berkata, cawangan berkenaan adalah lokasi ketiga yang menyediakan ruang khas SHC sekali gus mencerminkan usaha kumpulan memperluas penawaran perkhidmatan itu kepada lebih ramai pelanggan.
SHC yang dilancarkan pada Mei 2026 menyediakan perkhidmatan bersepadu merangkumi visualisasi reka bentuk dalaman, kerja pertukangan, pemasangan kabinet, perabot, kelengkapan tempat tidur dan peralatan rumah.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Grand senQ CITTA Mall yang berkeluasan kira-kira 21,132 kaki persegi adalah cawangan Grand senQ kelapan dan cawangan senQ ke-30 di Malaysia.
Cawangan itu menawarkan pelbagai produk elektronik pengguna, gajet digital dan peralatan rumah selain penyelesaian pengubahsuaian kediaman menerusi SHC.
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
