Akta Hasutan 1948 perlu dikaji semula, beri rakyat peluang untuk bersuara dan kritik

Oleh: Dr. Muzaffar Syah Mallow

KERAJAAN pada ketika ini perlu beri pertimbangan dengan serius untuk meneliti semula kerelevan dan kesesuaian undang-undang lapuk serta yang sudah lama dikuatkuasakan dalam negara ini sejak zaman penjajahan British lagi bagi memastikan semua undang-undang yang ada masih relevan dan sesuai dengan suasana dan keadaan masa kini khususnya undang-undang yang menyekat kebebasan bersuara dan meluahkan pendapat.

Jika ianya didapati tidak relevan dan sesuai lagi, perlu dimansuhkan dengan segera. Sampai bila kita hendak mengunakan peruntukan undang-undang yang menyekat kebebasan bersuara dan meluahkan pendapat orang ramai?

Telah banyak kali laporan dikeluarkan pihak Amnesty International yang telah mendapati pihak kerajaan telah gagal memberikan komitmen untuk menambah baik undang-undang yang mengekang kebebasan bersuara dan meluahkan pendapat.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Perkara itu telah dinyatakan dengan jelas dalam laporan tahunan kumpulan hak asasi manusia global itu sejak beberapa tahun lalu sehingga kini.

Jika pihak kerajaan benar-benar komited untuk meningkatkan taraf hak asasi di Malaysia, mereka mesti mengakui kelemahan dan lebih bekerjasama dengan masyarakat sivil bagi memastikan dasar-dasar serta amalan di ketengah selari dengan undang-undang dan standard hak asasi manusia.

Pihak kerajaan boleh memberi pertimbangan untuk meneliti dan mengkaji semula peruntukan undang-undang yang dilihat boleh mengekang kebebasan orang ramai untuk bersuara dan meluahkan pendapat seperti Akta Hasutan 1948 [Akta 15].

Pihak kerajaan boleh memberi pertimbangan bagi mengambil langkah untuk meminda atau mengantikan terus Akta Hasutan 1948 [Akta 15] sedia ada ini dengan sebuah akta baru yang lebih sesuai bagi memberi lebih banyak ruang kepada rakyat negara kita untuk berani tampil berani bersuara, meluahkan pendapat mereka serta melakukan kritikan membina tanpa rasa takut atau bimbang disiasat, ditangkap dan didakwa oleh pihak berkuasa.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Untuk rekod, Akta Hasutan 1948 [Akta 15] sudah lama digunapakai dalam negara iaitu sejak zaman penjajahan British di Malaya lagi. Selepas negara kita merdeka pada tahun 1957 sehingga terbentuknya negara Malaysia pada tahun 1963, Akta Hasutan 1948 [Akta 15] berkenaan masih lagi digunapakai sehingga kini.

Akta yang telah berusia 70 tahun ini telah dirangka bagi menyelesaikan masalah-masalah berbangkit yang berlaku pada ketika zaman penjajahan British di Malaya pada ketika itu serta bagi menghadapi segala masalah yang dihadapi oleh negara kita pada awal penubuhan gagasan Malaysia terutamanya ancaman yang datang dari pihak Komunis pada ketika itu.

Keadaan serta suasana dalam negara kita pada masa kini telah pun banyak berubah lebih-lebih lagi selepas Pilihanraya Umum Kali Ke-14 (PRU14) pada tahun 2018 dan Pilihanraya Umum Kali Ke-15 (PRU15) pada tahun 2022 yang lalu yang jelas menunjukkan rakyat negara kita inginkan sebuah negara baru yang ditadbir dengan lebih baik lagi serta memiliki satu bentuk peruntukan undang-undang yang sesuai dengan keadaan dan kehendak masa kini yang tidak menekan mana-mana pihak untuk tampil berani bersuara, memberi pendapat serta kritikan untuk manfaat dan kemajuan negara.

Seperti yang diketahui umum, kebebasan yang diberikan kepada setiap warganegara di Malaysia adalah jelas termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Bahagian II dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan dengan jelas peruntukan mengenai segala aspek mengenai kebebasan asasi setiap warganegara dalam negara kita.

Salah satu bentuk kebebasan asasi yang jelas dilindungi dalam negara kita adalah kebebasan kepada setiap warganegara untuk bercakap, berhimpun dan berpersatuan seperti yang jelas terkandung di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia itu sendiri.

Setiap jenis kebebasan termasuk kebebasan untuk bersuara dan memberi pendapat adalah asas kepada kewujudan demokrasi dalam sesebuah negara serta ianya penting bagi menjamin serta melindungi maruah setiap diri manusia itu sendiri.

Kebebasan untuk bersuara, memberi pendapat serta kritikan adalah fitrah yang dikurniakan kepada setiap manusia. Tidak dapat dinafikan, tidak wujud kebebasan secara mutlak untuk semua jenis kebebasan termasuklah kebebasan untuk bersuara.

Walaupun ia perlu dikawal, ia tidak patut dijadikan sebagai satu bentuk larangan melalui undang-undang seperti Akta Hasutan 1948 [Akta 15]. Kebebasan untuk seseorang itu bersuara, meluahkan pendapat serta mengkritik adalah sangat penting bagi kemajuan sesebuah masyarakat dan negara.

Sejajar dengan prinsip yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia ini, pihak kerajaan perlu meminda atau mengantikan terus Akta Hasutan 1948 [Akta 15] dengan akta lain yang lebih terkini serta yang lebih sesuai untuk digunapakai dengan keadaan semasa dalam negara kita pada masa kini.

Sebarang bentuk pindaan terhadap Akta Hasutan 1948 [Akta 15] atau pengenalan sebarang akta yang baru bagi mengantikan terus Akta Hasutan 1948 [Akta 15] perlu mencapai satu bentuk keseimbangan terbaik bagi menjamin kebebasan serta hak setiap individu untuk bersuara, memberi pendapat serta kritikan seperti yang telah termaktub dibawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia serta pada masa yang sama dapat ia dapat menjaga kompleksiti, sensitiviti, dan kemajmukan yang sudah lama wujud dalam masyarakat di dalam negara ini.

Dr. Muzaffar Syah Mallow adalah Profesor Madya, Fakulti Syariah & Undang – Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *