Najib hadir prosiding permohonan tangguh hukuman kes 1MDB

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak hari ini, membuat kemunculan pertama di khalayak ramai selepas menerima pengampunan bersyarat yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman kes SRC International di bawah tahanan rumah.

Bekas Perdana Menteri itu tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira jam 8.30 pagi dari Penjara Kajang.

Beliau hadir bagi mengikuti prosiding permohonannya untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion dalam kes membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib yang mengenakan sut kelabu muda dan kemeja putih dilihat tenang ketika berada di mahkamah dan turut bersalaman dengan beberapa penyokong yang hadir sebelum memasuki kamar mahkamah.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Prosiding bermula pada jam 9.22 pagi di hadapan Hakim Noor Ruwena Md. Nurdin.

Permohonan itu berkaitan hukuman terhadap Najib bagi empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukan untuk memperoleh RM2.3 bilion daripada dana 1MDB.

Najib sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion selepas didapati bersalah atas keempat-empat pertuduhan tersebut.

Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara tambahan 10 tahun bagi setiap pertuduhan sekiranya beliau gagal membayar denda berkenaan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah pada 26 Disember tahun lalu dan kini Hakim Mahkamah Persekutuan.

Permohonan Najib untuk menggantung pelaksanaan hukuman itu difailkan kira-kira sembilan bulan selepas keputusan berkenaan.

Kemunculan Najib di mahkamah hari ini berlaku selepas keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan diumumkan pada 18 September lalu.

Melalui keputusan itu, Najib menerima pengampunan bersyarat bagi hukuman dalam kes SRC International.

Keputusan berkenaan membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan, iaitu pembayaran denda RM50 juta.

Sebelum ini, media melaporkan tiada tempoh khusus ditetapkan untuk Najib menjelaskan denda RM50 juta berkenaan.

Pembayaran itu bagaimanapun antara syarat yang perlu dipenuhi bagi membolehkan baki hukuman penjara dijalani di bawah tahanan rumah.

Prosiding di Mahkamah Tinggi hari ini akan menentukan permohonan Najib berhubung pelaksanaan hukuman dalam kes 1MDB.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *