Dua ADUN sahkan terima surat pembatalan lantikan Exco Kerajaan N. Sembilan

SEREMBAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh Suhaimizan Bizar dan ADUN Serting Mohd Fairuz Mohd Isa antara Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan yang mengesahkan menerima surat pemakluman mengenai pembatalan lantikan jawatan Exco.

Suhaimizan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak  Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) berkata beliau menerima pemakluman berkenaan semalam.

“Ya, saya terima surat semalam, tapi saya tidak boleh ulas lanjut buat masa ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Turut memberi respons yang sama Fairuz selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menurut kenyataan dikeluarkan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan Datuk Azizi Mohamad Ali malam tadi, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah membatalkan pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negeri berkuat kuasa serta-merta.

Kenyataan itu memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mendapati kesemua Exco terbabit telah memungkiri sumpah jawatan mereka.

Azizi berkata menurut Perkara XXXVIII(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, seseorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memegang jawatannya selagi diperkenan Yang di-Pertuan Besar.

Ahli-ahli berkenaan masing-masing mengangkat sumpah dan menandatangani ikrar taat setia pada 7 Ogos lepas, sebelum dilantik ke dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan. – BERNAMA

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *