PERKASA Tegas Bantah Penyerahan Dr. Zakir Naik ke India

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menegaskan pendiriannya membantah sebarang usaha menyerahkan pendakwah, Dr. Zakir Naik kepada India untuk diadili di negara itu.

Naib Presidennya, Irwan Fahmi Ideris berkata, pendirian itu bukan perkara baharu kerana pertubuhan berkenaan sejak awal konsisten mempertahankan Dr. Zakir Naik.

Menurutnya, pada 2017, Dr. Zakir Naik turut menerima Bintang Pahlawan Pribumi Perkasa Negara yang dilaporkan sebagai antara penghormatan tertinggi diberikan oleh PERKASA.

“Justeru, hari ini kami tegaskan sekali lagi PERKASA tidak mahu Dr. Zakir Naik diserahkan kepada India untuk diadili.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Pendirian ini bukan kerana kami mengatakan beliau kebal daripada undang-undang, tetapi kerana kami tidak yakin penyerahan beliau ke India boleh dilakukan tanpa menimbulkan persoalan serius berkaitan keselamatan, kebebasan dan haknya untuk mendapat keadilan,” katanya dalam satu kenyataan.

Irwan berkata, alasan Dr. Zakir Naik boleh dihantar ke India dan diserahkan kepada mahkamah negara itu untuk diadili tidak menyelesaikan persoalan yang dibangkitkan PERKASA.

“Persoalannya bukan semata-mata sama ada beliau akan dibawa ke mahkamah. Tetapi, persoalannya mahkamah yang bagaimana, dalam keadaan yang bagaimana dan dengan jaminan keadilan yang bagaimana?” katanya.

Beliau berkata, PERKASA tidak mahu Dr. Zakir Naik diserahkan kepada India sekiranya terdapat kebimbangan proses perundangan yang bakal dihadapinya boleh menjejaskan hak dan keselamatan beliau.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Bagaimanapun, katanya, pendirian itu tidak bermaksud PERKASA mahu beliau mengelakkan undang-undang sekiranya terdapat pertuduhan terhadapnya.

“Jika ada pertuduhan terhadap beliau, kami tidak mengatakan beliau harus lari daripada undang-undang. Tetapi penyerahan ke India bukan satu-satunya jalan untuk memastikan keadilan.

“Malaysia mempunyai undang-undang dan sistem kehakiman sendiri. Jika benar terdapat kesalahan yang dilakukan di Malaysia, gunakan saluran undang-undang Malaysia,” katanya.

Menurut Irwan, apa yang dibantah PERKASA ialah tindakan menyerahkan seseorang yang berada di Malaysia kepada negara lain untuk menghadapi perbicaraan apabila aspek keselamatan dan keadilan terhadap individu berkenaan menjadi persoalan.

Irwan Fahmi Ideris

“Nyawa manusia bukan bahan tawar-menawar diplomatik. Keadilan bukan sekadar memastikan seseorang hadir di kandang tertuduh.

“Keadilan bermaksud tertuduh mempunyai hak untuk membela diri, mendapat proses yang bebas dan adil serta tidak menjadi mangsa tekanan politik,” katanya.

Pada masa sama Irwan berkata, hubungan diplomatik antara Malaysia dan India boleh terus dipelihara, namun dalam isu Dr. Zakir Naik, Malaysia perlu membuat pendirian berdasarkan prinsipnya sendiri.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *