Tiga beranak ditemukan maut, lelaki dipercayai terjatuh dari kondominium

KUALA LUMPUR – Tiga beranak ditemukan maut dengan kesan kecederaan parah di leher dalam sebuah unit kondominium di Desa ParkCity, Persiaran Residen, Kepong, di sini, pada Khamis, selepas polis menerima laporan seorang lelaki berusia 48 tahun dipercayai terjatuh dari bangunan kediaman berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak pengurusan kondominium pada 3.32 petang berhubung insiden seorang lelaki maut yang dipercayai terjatuh dari bangunan kediaman berkenaan.

Beliau berkata, polis kemudian pergi ke unit kediaman berkenaan dan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya membuka pintu sebelum menemukan tiga individu yang telah meninggal dunia di bilik berasingan.

“Ketiga-tiga mangsa dalam kediaman terdiri daripada isteri mangsa lelaki berusia 47 tahun serta dua anak mereka, masing-masing seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dan lelaki berusia tujuh tahun,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian leher, selain polis menemukan sebilah pisau dalam unit itu yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan serta Sudden Death Report (SDR),” katanya. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *