USIM dan JPK Perkukuh Agenda TVET Berteraskan Islam

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuh hubungan strategik antara universiti dan industri menerusi Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan yang telah berlangsung pada 5 Ogos lalu.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani.

Dalam majlis berkenaan, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Ir. Ts. Dr. Kamaruzaman Md. Ali telah dilantik sebagai Profesor Adjung (Industri), Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), USIM.

Turut menerima pelantikan ialah Penolong Kanan Pengarah, Bahagian Pensijilan Kompetensi JPK, Ts. Bizaisham Bidin sebagai Felo Budi, Jabatan Pendaftar USIM.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Majlis turut dihadiri Pendaftar USIM, Dato’ Muhammad Haizuan Rozali, Dekan FPQS, Prof. Madya Dr. Mohd Zohdi Mohd. Amin; serta Pengarah Keselamatan dan Penguatkuasaan merangkap Pengurus USIM Talentcraft, Mohd Shahrul Nizam Mohamed Shamsuddin.

Seusai majlis pelantikan, satu sesi perbincangan strategik telah diadakan bagi membincangkan hala tuju pembangunan TVET negara.

Antara fokus utama yang diketengahkan ialah pembangunan TVET Tahfiz, TVET Islami dan Pengurusan Masjid selaras dengan aspirasi USIM untuk memperkasa pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional yang berteraskan nilai-nilai Islam.

Kerjasama strategik antara USIM dan JPK diyakini mampu memperkukuh ekosistem TVET Islami melalui gabungan kepakaran akademik dan industri.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Sinergi ini dijangka melahirkan graduan yang bukan sahaja memiliki kemahiran teknikal yang kompeten, malah turut menghayati nilai, etika dan akhlak Islam dalam bidang profesional masing-masing.

Selain itu, kerjasama ini membuka ruang kepada penerokaan bidang-bidang non-teknikal yang semakin mendapat perhatian industri seperti Pengurusan Masjid, Perkhidmatan Sertu dan Pensijilan Halal.

Pembangunan program dalam bidang-bidang ini dijangka dapat memenuhi keperluan semasa serta memperluas peluang pembangunan modal insan berkemahiran.

Dalam usaha meningkatkan kualiti institusi tahfiz, USIM turut menyasarkan pembangunan Diploma Pengajaran Tahfiz sebagai salah satu inisiatif untuk memperkasa tenaga pengajar tahfiz.

Langkah ini diharap dapat mewujudkan standard pengajaran yang lebih sistematik dan berkualiti di institusi tahfiz seluruh negara.

Kerjasama ini juga akan memperluaskan pengiktirafan kemahiran melalui pelaksanaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), sekali gus memberi peluang kepada individu yang berpengalaman dalam bidang masing-masing memperoleh pengiktirafan formal menerusi mekanisme Recognition of Prior Learning (RPL).

USIM percaya sinergi bersama JPK akan menjadi pemangkin kepada pemerkasaan agenda TVET negara, di samping menjadi wadah perkongsian ilmu, pengalaman dan kepakaran industri secara langsung kepada warga universiti.

Kerjasama ini diharap dapat menyokong usaha melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek, selaras dengan aspirasi pembangunan negara.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *