Michelle Yeoh dinobatkan “Tokoh Perfileman Asia Tahun Ini” di BIFF

SEOUL – Pelakon tersohor Tan Sri Michelle Yeoh dipilih sebagai “Tokoh Perfileman Asia Tahun Ini” pada Festival Filem Antarabangsa Busan (BIFF) tahun ini, menurut penganjur pada Khamis, lapor Agensi Berita Yonhap.

“Serba boleh, berwibawa dan bersemangat kental — persembahan Michelle Yeoh melangkaui jangkaan dalam setiap aspek, daripada teknik, gaya hinggalah kehadiran di layar,” kata penganjur BIFF dalam satu kenyataan media.

“Yeoh merevolusikan representasi wanita dalam filem aksi sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara bintang paling berpengaruh dalam sinema Hong Kong,” menurut kenyataan itu lagi.

Yeoh memulakan kerjaya lakonannya menerusi filem Yes, Madam! (1985) sebelum mengukuhkan nama di peringkat antarabangsa melalui Tomorrow Never Dies (1997) dan Crouching Tiger, Hidden Dragon (2000).

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau turut membintangi Crazy Rich Asians (2018) dan Wicked(2024), selain mencipta sejarah sebagai wanita Asia pertama memenangi Anugerah Akademi bagi Pelakon Wanita Terbaik menerusi Everything Everywhere All at Once (2022).

Kehadiran Yeoh di BIFF tahun ini menandakan kemunculan semulanya di acara karpet merah festival filem tahunan itu selepas 15 tahun, sejak menghadiri tayangan The Lady (2011) di Busan.

Program khas turut diadakan pada BIFF tahun ini yang menampilkan tiga filem pilihan Yeoh, iaitu Reign of Assassins (2010), Everything Everywhere All at Once dan Sandiwara (2026), selain filem terbaharunya, It’s My Time (2026).

Anugerah itu akan disampaikan pada majlis pembukaan BIFF edisi ke-31 yang dijadual berlangsung dari 6 hingga 15 Okt di bandar pelabuhan Busan, di tenggara Korea Selatan. – BERNAMA-YONHAP

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *