Warga Malaysia ditahan di Surabaya, disyaki seludup hampir 1kg syabu dan lebih 1,000 pil ekstasi

KUALA LUMPUR – Seorang lagi rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas dipercayai cuba menyeludup hampir satu kilogram syabu dan lebih 1,000 pil ekstasi melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Sidoarjo, Surabaya.

Suspek lelaki berusia 22 tahun yang dikenali dengan singkatan DI ditahan sejurus tiba di Terminal 2 lapangan terbang berkenaan selepas menaiki penerbangan Batik Air OD352 dari Kuala Lumpur ke Surabaya, menurut laporan agensi berita Indonesia, Jakarta Globe.

Hasil pemeriksaan keselamatan, pihak berkuasa menemui empat bungkusan mengandungi 990 gram syabu serta empat lagi bungkusan mengandungi 1,089 pil ekstasi yang disorok di bawah korset dipakai suspek dalam usaha mengaburi pemeriksaan pegawai keselamatan lapangan terbang.

Komander Pangkalan Udara Tentera Laut Juanda, Kolonel Henoch Nasairus Virzawan berkata, cubaan menyeludup bahan terlarang itu berjaya dipatahkan menerusi pemeriksaan rapi yang dijalankan terhadap penumpang sebaik tiba di lapangan terbang berkenaan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menurut beliau, siasatan awal mendapati suspek mengaku bertindak sebagai keldai dadah bagi rangkaian sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas didakwa terdesak akibat masalah kewangan serta menanggung hutang.

“Pemeriksaan mendapati dadah itu disembunyikan pada badan suspek bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya.

Pihak berkuasa Indonesia menganggarkan keseluruhan dadah yang dirampas bernilai kira-kira 2.79 bilion rupiah (sekitar RM790,000) dan dipercayai mampu dibekalkan kepada lebih 6,500 pengguna jika berjaya memasuki pasaran gelap.

Suspek kemudiannya diserahkan kepada Polis Sidoarjo bagi membantu siasatan lanjut, termasuk mengesan rangkaian sindiket yang dipercayai mengatur penyeludupan dadah berkenaan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Mengikut undang-undang Indonesia, suspek boleh dikenakan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun, penjara seumur hidup atau hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Kes terbaharu itu menambah kebimbangan berhubung penglibatan rakyat Malaysia sebagai keldai dadah di negara jiran, hanya beberapa hari selepas seorang juruterbang warga Malaysia turut ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta atas dakwaan cuba menyeludup dadah.

Dalam kes berasingan itu, juruterbang yang dikenali sebagai MS ditahan pada 28 Julai lalu selepas pemeriksaan bagasinya menemukan lebih 70,000 pil ekstasi seberat 25.19 kilogram serta sejumlah kecil syabu.

Siasatan pihak berkuasa Indonesia mendakwa lelaki itu dijanjikan bayaran kira-kira RM50,000 bagi membawa masuk dadah ke Jakarta dan turut mengaku pernah terbabit dalam dua operasi penyeludupan dadah sebelum ini.

Dua kes yang berlaku dalam tempoh singkat itu sekali lagi memperlihatkan taktik sindiket dadah antarabangsa yang dipercayai terus memperdaya rakyat Malaysia untuk dijadikan keldai dadah dengan menawarkan imbuhan lumayan, meskipun mereka berdepan risiko hukuman berat termasuk hukuman mati di Indonesia.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *