IMPIAN Mesir untuk mencipta kejutan ke atas juara bertahan, Argentina, dalam saingan Piala Dunia berakhir dengan penuh kontroversi apabila tewas 3-2 pada aksi pusingan 16 terbaik, awal pagi tadi.
Skuad kendalian Hossam Hassan sebelum itu mendahului 2-0, namun Argentina bangkit menjaringkan tiga gol, termasuk gol kemenangan pada minit kedua masa kecederaan menerusi Lionel Messi dan rakan sepasukan.
Gol kemenangan Argentina mencetuskan kemarahan kem Mesir.
Seorang pegawai pasukan dilaporkan dilayangkan kad merah selepas cuba membantah keputusan pengadil Perancis, Francois Letexier, sehingga terpaksa ditenangkan oleh pegawai lain.
Dua pemain Mesir turut menerima kad kuning kerana membantah gol terakhir Argentina.
Selepas perlawanan, Hassan membuat isyarat tangan yang digunakan untuk melaporkan insiden berunsur perkauman sebelum mendakwa pasukannya menjadi mangsa layanan tidak adil.
Menurutnya, terdapat pihak yang mahu memastikan Argentina mara ke suku akhir bagi meneruskan usaha mempertahankan kejuaraan dunia.
“Kami tidak dilayan dengan adil hari ini. Kami menjadi mangsa ketidakadilan,” katanya.
Kontroversi itu menambah lagi tekanan terhadap badan induk bola sepak dunia, FIFA, selepas kejohanan berkenaan sebelum ini turut dihimpit dakwaan campur tangan politik melibatkan keputusan penggantungan seorang pemain Amerika Syarikat.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L