Anwar Tinjau Buku Gagasan Peradaban Bangsa

Oleh NurFarhana Zulkeply

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan meneliti dan memberikan pandangan terhadap manuskrip buku bertajuk “Gagasan Anwar Ibrahim Dalam Peradaban Budaya Bangsa” yang sedang dalam proses penerbitan.

Beliau berkata, penglibatan Tokoh Akademik Negara dan Tokoh Bahasa, Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Abdul Karim sebagai pakar rujuk dalam penyediaan kandungan buku tersebut merupakan satu penghormatan besar.

Menurut Anwar, naskhah berkenaan dihasilkan oleh Profesor Dr. Salinah Ja’afar, pensyarah dan pakar linguistik dari Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Katanya, beliau turut ditemu bual secara eksklusif oleh kedua-dua tokoh akademik itu bagi melengkapkan kandungan buku yang menghimpunkan idea, pengalaman hidup, pembacaan serta pandangan beliau mengenai pembangunan bangsa dan peradaban budaya.

Anwar turut merakamkan penghargaan kepada penulis atas usaha mendokumentasikan serta menggarap pemikiran dan sudut pandangnya yang akan dihuraikan secara lebih terperinci menerusi penerbitan tersebut.

Beliau berharap buku itu dapat dijadikan bahan rujukan kepada generasi akan datang, khususnya dalam aspek pembangunan bangsa, pembentukan nilai diri serta pemerkasaan peradaban budaya untuk manfaat bersama.

Menurutnya, usaha menerbitkan karya ilmiah yang merakam pemikiran tokoh-tokoh negara amat penting dalam memperkayakan khazanah ilmu serta menjadi panduan kepada masyarakat pada masa hadapan.

NurFarhana Zulkeply adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *