Oleh Siti Khadijah Manudin
JOHOR BAHRU – Presiden Parti Bersama Malaysia, Datuk Seri Rafizi Ramli mengeluarkan garis panduan kepada semua calon parti itu supaya lebih berdisiplin ketika berkempen selepas kenyataan seorang calon mencetuskan kontroversi dalam satu ceramah politik.
Arahan itu dibuat susulan tindakan calon Bersama bagi kerusi Perling yang mengeluarkan kenyataan mengenai isu penternakan babi, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Rafizi berkata semua calon perlu memastikan setiap kenyataan yang dibuat sepanjang tempoh kempen adalah selaras dengan pendirian parti serta tidak menyentuh isu sensitif yang boleh menjejaskan sokongan rakyat.
Beliau menegaskan calon-calon perlu memberi tumpuan kepada dasar dan penyelesaian terhadap masalah rakyat berbanding mengeluarkan kenyataan yang boleh mengalih perhatian daripada agenda utama parti.
Menurutnya, disiplin dalam berkomunikasi amat penting bagi memastikan imej Bersama terus terpelihara menjelang pilihan raya.
Rafizi turut mengingatkan bahawa setiap calon membawa nama parti dan perlu bertanggungjawab terhadap setiap ucapan serta tindakan mereka sepanjang tempoh berkempen.
Beliau berharap semua jentera dan calon Bersama mematuhi garis panduan yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang insiden serupa daripada berulang.
Siti Khadijah Manudin adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001