Enam polis cedera dalam serangan bom, insiden berbalas tembakan di Yala

YALA – Dua anggota polis parah, manakala empat lagi cedera ringan dalam satu serangan bom dan insiden berbalas tembakan di Yala, selatan Thailand, Jumaat pagi.

Menurut Pusat Penerangan Kawalan Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4), dalam kejadian jam 8.10 pagi (waktu tempatan) itu, pasukan keselamatan berkenaan sedang menjalankan rondaan dan kawalan bagi keselamatan guru dan pengguna di Jalan Betong-Yala.

“Siasatan awal mendapati bahan letupan ditanam di tepi jalan dan diaktifkan menggunakan alat komunikasi. Insiden berbalas tembakan antara penyerang dan pasukan keselamatan turut berlaku,” menurut ISOC 4.

Anggota polis yang cedera menerima rawatan di Hospital Than To, manakala dua yang parah dipindahkan ke Hospital Yala untuk rawatan lanjut.

Susulan serangan itu, ISOC 4 berkata, laluan utama Yala-Betong ditutup sementara bagi membolehkan pemeriksaan dan siasatan dijalankan di lokasi serangan. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *