PETALING JAYA : EPB Group Berhad (EPB) penyedia penyelesaian jentera pemprosesan dan pembungkusan makanan sehenti, memaklumkan bahawa semua resolusi yang dibentangkan pada Mesyuarat Agung Tahunan Keempat (AGM ke-4) telah diluluskan oleh para pemegang saham.
Pengarah Urusan Kumpulan, Yeoh Chee Min berkata, pihaknya kelulusan ini mencerminkan kepercayaan pemegang saham terhadap Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan bagi membolehkan pihaknya terus memperkukuh platform operasi, rangka kerja tadbir urus dan strategi pertumbuhan jangka panjang Kumpulan.
“EPB kekal fokus pada pelaksanaan yang berdisiplin, pengembangan kapasiti dan pembangunan pasaran serantau.
“Dengan keupayaan kami yang mantap dalam penyelesaian jentera pemprosesan dan pembungkusan makanan, kami akan terus meningkatkan daya saing dan mengejar peluang pertumbuhan yang mampan di seluruh pasaran utama,” katanya.
AGM ke-4 telah dijalankan dalam format hibrid dengan penstriman langsung dan kemudahan pengundian jarak jauh dalam talian.
Format hibrid membolehkan penyertaan pemegang saham yang lebih luas dan mencerminkan komitmen berterusan EPB terhadap aksesibiliti, ketelusan dan tadbir urus korporat yang baik.
Di dalam AGM itu para pemegang saham juga menerima penyata kewangan beraudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, berserta laporan pengarah dan juruaudit mengenainya.
Sementara itu, para pemegang saham juga meluluskan pembayaran yuran pengarah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 dan tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026, serta faedah yang perlu dibayar kepada Pengarah Bukan Eksekutif Bebas dari 19 Jun 2026 sehingga AGM akan datang.
Sebagai sebahagian daripada urusan khas yang dibentangkan pada AGM ke-4, pemegang saham juga meluluskan kuasa yang dicadangkan untuk para pengarah mengeluarkan dan memperuntukkan saham sehingga 10 peratus daripada jumlah saham terbitan Syarikat menurut Seksyen 75 dan 76 Akta Syarikat 2016.
Mandat ini memberikan EPB fleksibiliti kewangan untuk menyokong keperluan modal kerja yang berpotensi, perbelanjaan modal, pelaburan, pengambilalihan atau pengurangan pinjaman, apabila diperlukan.
Selain itu, pemegang saham juga meluluskan cadangan pembaharuan mandat pemegang saham dan cadangan mandat pemegang saham baharu untuk transaksi pihak berkaitan berulang yang bersifat hasil atau perdagangan.
Ini akan membolehkan Kumpulan memasuki transaksi yang diperlukan untuk operasi hariannya, dengan syarat transaksi tersebut dijalankan dalam urusan perniagaan biasa, secara selengan dan atas terma komersial biasa