Anggota Polis Meninggal Dunia Selepas Aktiviti Kawad

SEPANG – Seorang anggota polis dilaporkan meninggal dunia selepas menjalani latihan kawad di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, semalam.

Mangsa, Koperal Khairil Idzhar Rodzi, 36, yang bertugas di Balai Polis Dato’ Abu Bakar Baginda, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala punca kematian belum dikenal pasti dan menunggu siasatan lanjut.

Menurut kenyataan Polis Selangor, Allahyarham telah berkhidmat selama 17 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan pemergiannya disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada pasukan keselamatan negeri itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar bersama Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Selangor, Datin Rozana Kasbon, turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham menerusi kenyataan rasmi.

“Allahyarham meninggal dunia pada usia 36 tahun selepas 17 tahun berkhidmat dalam PDRM. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada warga Kontinjen Selangor,” menurut kenyataan itu.

Difahamkan, Allahyarham rebah ketika menjalani aktiviti kawad sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di IPD Sepang.

Sehingga kini, pihak IPD Sepang masih belum mengeluarkan kenyataan terperinci mengenai punca kematian, sementara siasatan lanjut dijangka dijalankan bagi mengenal pasti keadaan sebenar kejadian.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *