Insiden keropok beracun: "Wake-up call" buat KKM - Dzulkefly

KKM Pantau Rapi Penularan Hantavirus, Rakyat Diminta Kekal Berwaspada

Oleh Fatin Sajidah Fathuldin

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan situasi penularan Hantavirus di negara ini masih terkawal, namun pemantauan rapi terus dilakukan susulan kebimbangan masyarakat terhadap laporan peningkatan jangkitan virus itu di peringkat global.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kerajaan mengambil pendekatan proaktif bagi memastikan tahap kesiapsiagaan negara sentiasa berada pada tahap tertinggi dalam menghadapi sebarang kemungkinan penularan penyakit berjangkit tersebut.

“Rakyat tidak perlu panik, tetapi kita mesti kekal berwaspada. Langkah pencegahan dan kawalan kendiri adalah perisai pertahanan paling ampuh ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, Hantavirus merupakan virus bawaan tikus yang boleh merebak kepada manusia melalui udara yang tercemar dengan sisa kotoran, air kencing atau air liur haiwan berkenaan.

Jangkitan tersebut sepatutnya tidak dipandang ringan kerana komplikasinya berpotensi membawa maut, khususnya Sindrom Paru-paru Hantavirus (HPS) yang mencatatkan kadar kematian antara 30 hingga 40 peratus.

“Memandangkan tiada ubat antivirus khusus bagi merawat jangkitan ini, masyarakat perlu memberi perhatian serius terhadap aspek kebersihan persekitaran dan memastikan rumah serta premis kerja bebas daripada haiwan perosak,” katanya.

Dr Dzulkefly Ahmad menggesa orang ramai agar merujuk infografik dan maklumat rasmi yang disediakan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memahami gejala, cara penularan dan tatacara pembersihan yang selamat.

“Kesihatan awam bermula dari rumah. Marilah kita bersama-sama melindungi keluarga dan komuniti kita,” katanya.

Fatin Sajidah Fathuldin adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *