KUALA LUMPUR — Kerajaan memberi jaminan terhadap dasar rasionalisasi subsidi bahan api tidak akan berubah secara mengejut walaupun berdepan krisis geopolitik di Asia Barat terutama pasaran tenaga global.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan bahawa setiap keputusan kerajaan dibuat berdasarkan penelitian data yang komprehensif dan bukannya secara terburu-buru.
“Subsidi akan ditentukan berdasarkan data dan keperluan semasa supaya bekalan tenaga kekal terjamin, rakyat dilindungi dan sektor industri tidak terbeban akibat gangguan bekalan,” katanya.
Menurut beliau, kerajaan mengambil pendekatan berhati-hati dan tidak terburu-buru dalam merangka dasar, khususnya dalam keadaan konflik serantau yang berpotensi berlarutan untuk tempoh panjang.
Selain itu, Datuk Seri Fadillah Yusof juga berkata bahawa Malaysia mencapai 31 peratus tenaga boleh baharuu terpasang setakat Disember 2025 dan menyeru menggunakan tenaga secara berhemat untuk keterjaminan bekalan.
Sehubungan itu, Malaysia sasar 32 peratus kapasiti tenaga boleh baharu tahun ini dengan kenaikan satu peratus setiap tahun sehingga 35 peratus pada 2030 menurutnya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu Bernama Radio dalam program bertajuk Krisis Geopolitik Pacu Peralihan Tenaga Malaysia di Wisma Bernama, di sini, hari ini.
Fadillah turut menegaskan bahawa kerajaan sentiasa peka terhadap kesan konflik antarabangsa terhadap ekonomi domestik, dan akan memastikan sebarang langkah yang diambil memberi manfaat kepada majoriti rakyat. – BERNAMA/BERNAMA RADIO (FB)
Berita ini diolah semula oleh Fatin Sajidah Fathuldin. Beliau adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L