Al-Sultan Abdullah tiada akaun media sosial peribadi – Istana Pahang

KUANTAN – Istana Pahang menafikan wujud sebarang media sosial peribadi milik Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurut hantaran dalam Facebook Kesultanan Pahang, baginda tidak mempunyai sebarang akaun media sosial.

Bagaimanapun, menurut hantaran itu, dilihat terdapat akaun dihasilkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan menggunakan nama dan gambar Al-Sultan Abdullah untuk memperdayakan orang ramai.

“Begitu juga dengan akaun palsu, terutama Facebook serta TikTok, menggunakan nama dan gambar Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah,” menurut hantaran itu lagi.

Istana Pahang menegaskan semua akaun berkenaan adalah palsu, dan orang ramai dinasihatkan tidak mempercayai sebarang pautan atau maklumat terkandung dalam media sosial palsu.

Orang ramai juga diminta melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya menerima pelawaan atau kandungan mencurigakan.

Menurut hantaran itu, semua aktiviti atau titah secara langsung hanya disiarkan menerusi platform media sosial Kesultanan Pahang di mana hanya ada satu akaun sah Kesultanan Pahang dalam Facebook yang mempunyai kira-kira 772,000 pengikut ketika ini.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *