Persiapan haji berjalan lancar, banyak penambahbaikan dilaksana – Zulkifli

KUALA LUMPUR – Persiapan bagi menghadapi musim haji tahun ini berjalan lancar dan mengikut perancangan yang ditetapkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau memaklumkan telah selamat tiba di Arab Saudi bersama-sama pasukannya bagi menguruskan jadual kerja yang padat termasuk menghadiri Forum Umrah dan Ziarah di Madinah serta memantau persiapan haji.

Zulkifli berkata, lawatan itu turut dimanfaat untuk meninjau sendiri kemudahan dan penempatan bakal jemaah di Makkah termasuk fasiliti untuk petugas Tabung Haji.

Beliau berkata, pelbagai penambahbaikan telah dilaksana melibatkan aspek infrastruktur, logistik dan penginapan sekali gus memastikan kemudahan yang lebih selesa serta tersusun kepada jemaah.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Katanya, usaha berkenaan bukan sekadar tugasan sebaliknya satu bentuk khidmat kepada para jemaah. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *