Go Hub rekod hasil RM9.89 juta dengan PAT kukuh pada suku ketiga

Untung selepas cukai Go Hub melonjak 118.89 peratus

KUALA LUMPUR – Go Hub Capital Bhd. mencatat keuntungan selepas cukai (PAT) RM3.58 juta bagi enam bulan pertama tahun kewangan 2026 (TK2026), melonjak 118.89 peratus daripada RM1.64 juta dalam tempoh sama tahun lalu, disokong pertumbuhan berterusan perniagaan penyelesaian teknologi maklumat (IT) pengangkutan.

Pendapatan kumpulan bagi tempoh itu meningkat 43.46 peratus kepada RM29.63 juta daripada RM20.65 juta, manakala keuntungan kasar bertambah 47.25 peratus kepada RM15.04 juta daripada RM10.22 juta.

Keuntungan sebelum cukai (PBT) pula meningkat 105.30 peratus kepada RM4.76 juta daripada RM2.32 juta.

Momentum pertumbuhan turut berterusan pada suku kedua TK2026 apabila pendapatan meningkat 36.89 peratus kepada RM15.40 juta daripada RM11.25 juta, manakala keuntungan kasar naik kepada RM7.54 juta daripada RM5.91 juta. PBT bertambah kepada RM2.40 juta daripada RM2.05 juta dan PAT meningkat kepada RM1.81 juta daripada RM1.45 juta.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Penyelesaian IT pengangkutan kekal menjadi teras perniagaan Go Hub dengan menyumbang kira-kira 98.93 peratus daripada keseluruhan hasil pada suku kedua, mencerminkan kebergantungan utama kumpulan kepada segmen bas dan rel dalam menjana pendapatan.

Pendapatan berulang meningkat 39.90 peratus kepada RM11.22 juta daripada RM8.02 juta setahun sebelumnya, disokong jumlah transaksi tiket yang lebih tinggi susulan pengembangan dan peningkatan bilangan perjalanan Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS), selain pengubahsuaian Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Pendapatan tidak berulang turut meningkat 29.81 peratus kepada RM4.18 juta daripada RM3.22 juta, terutama hasil penyampaian projek Sistem Operasi Terminal (TOS) baharu untuk segmen bas dan rel, sekali gus menyediakan satu lagi sumber pertumbuhan kepada kumpulan.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Go Hub, Tan Cherng Thong, berkata, peningkatan kukuh dalam pendapatan separuh pertama tahun kewangan 2026 menunjukkan pertumbuhan dalam asas pendapatan diterjemahkan kepada keuntungan yang lebih kukuh.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Cherng Thong berkata, pendapatan berulang terus berkembang disokong jumlah transaksi yang lebih tinggi merentasi ekosistem pengangkutan, sementara penyerahan projek baharu menyediakan lapisan pertumbuhan tambahan kepada kumpulan.

Secara suku ke suku, pendapatan meningkat kepada RM15.40 juta daripada RM14.23 juta pada suku pertama, terutama disebabkan pendapatan berulang yang lebih tinggi daripada segmen penyelesaian IT pengangkutan.

PBT dan PAT juga meningkat berbanding suku sebelumnya sejajar pertumbuhan pendapatan dan keuntungan kasar.

Melangkah ke hadapan, kata Cherng Thong, Go Hub kekal optimis terhadap prospek industri IT pengangkutan, disokong peningkatan inisiatif pendigitalan serta permintaan terhadap pengalaman perjalanan yang lebih lancar.

Kumpulan juga katanya, aktif menyertai tender tempatan dan luar negara bagi memburu peluang pertumbuhan baharu.

Go Hub menyediakan penyelesaian IT pengangkutan termasuk TOS, Sistem Operasi Bas (BOS) dan Sistem Kutipan Tambang Automatik (AFC), selain perkhidmatan penyelenggaraan, sokongan serta pengurusan terminal bagi membantu meningkatkan kecekapan operasi pengangkutan awam.

Kumpulan akan terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran IT pengangkutan Malaysia sambil meneroka peluang luar negara dalam segmen bas dan rel.

Menurut Go Hub, peningkatan penggunaan pembayaran tanpa tunai, pengembangan rangkaian rel dan projek infrastruktur mobiliti pintar dijangka terus membuka peluang apabila pendigitalan pengangkutan awam berkembang di peringkat serantau.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *