Empat maut pesawat kecil terhempas di Alaska

SAN FRANCISCO – Empat orang maut selepas pesawat kecil terhempas di perairan berhampiran bandar pesisir Seldovia di Alaska, Amerika Syarikat (AS), lapor Xinhua memetik Jabatan Keselamatan Awam Alaska.

Menurut jabatan itu, Polis Negeri Alaska dimaklumkan mengenai nahas berkenaan kira-kira jam 1.18 tengah hari waktu tempatan (2118 GMT).

Pesawat kecil jenis Piper PA-24 itu dalam penerbangan dari Anchorage ke Seldovia apabila ia terhempas ke dalam air dan tenggelam sepenuhnya.

Polis menghantar kru helikopter dari Anchorage dan anggota dengan bot dari Anchor Point ke lokasi nahas.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Selepas air surut, polis menemukan dan mengeluarkan mayat empat individu dewasa daripada pesawat berkenaan.

Mayat mangsa dibawa ke Pejabat Pemeriksa Perubatan Negeri untuk bedah siasat.

Identiti mangsa akan diumumkan selepas waris terdekat dimaklumkan.

Punca nahas masih belum dikenal pasti. Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan sedang menyiasat kejadian itu. – XINHUA

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *