Hamzah Rancang Platform Politik Baharu, Rundingan Ambil Alih Parti Keluarga Malaysia

SHAH ALAM – Gerakan membentuk wadah politik baharu dilihat semakin jelas apabila rundingan untuk mengambil alih Parti Keluarga Malaysia dikatakan hampir dimuktamadkan oleh bekas pemimpin kanan Datuk Seri Hamzah Zainudin bersama beberapa sekutunya dalam blok pembangkang.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan memaklumkan, proses berkaitan pengambilalihan parti itu sedang digerakkan dan setakat ini tidak menunjukkan sebarang halangan besar untuk diselesaikan.

Menurut beliau, sekiranya terdapat sebarang isu teknikal atau perkara berkaitan pendaftaran parti, ia akan ditangani segera bagi memastikan proses tersebut berjalan lancar.

Terdahulu, Hamzah sendiri mengesahkan, perbincangan dengan pengasas parti itu, Khairi Jaya sedang berlangsung, malah difahamkan proses pengambilalihan berkenaan kini berada pada tahap hampir pasti dimuktamadkan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Langkah itu dilihat sebagai usaha strategik selepas Hamzah dipecat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada 13 Februari lalu susulan kemelut kepimpinan dengan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), Mohd Zulfikar Ahmad memaklumkan, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang permohonan baharu untuk pendaftaran semula Parti Keluarga Malaysia.

Beliau menegaskan, mana-mana parti politik atau pertubuhan yang beroperasi tanpa pendaftaran sah boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Menurutnya, permohonan parti tersebut sebelum ini ditolak pada 2022 kerana gagal memenuhi beberapa syarat dalam jadual pertama akta berkenaan, termasuk perincian jelas mengenai tadbir urus parti seperti sumber kewangan, struktur jawatankuasa serta kaedah pelaksanaan mesyuarat agung.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Setakat ini, difahamkan terdapat sekitar 72 parti politik yang berdaftar secara rasmi dengan JPPM di Malaysia.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *