Bomba pantau lebih 8,000 kawasan banjir sepanjang MTL

KOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan 8,337 operasi pemantauan kawasan banjir di seluruh negara dari 13 November lalu hingga semalam.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Ahmad Izram Osman berkata, operasi tindak balas banjir sepanjang Monsun Timur Laut 2025/2026 itu dilakukan secara berterusan dan bersepadu dengan penglibatan pelbagai agensi berkaitan.

“Pemantauan rapi, pengoperasian pusat pemindahan sementara (PPS) serta pelaksanaan pemindahan mangsa membantu mengurangkan risiko kepada nyawa dan harta benda,” katanya selepas Program Sumbangan Kebajikan anjuran Persatuan Kebajikan JBPM dengan kerjasama Biro Kebajikan Perisma JBPM Kelantan di sini, hari ini.

Terdahulu, Ahmad Izram turut menyempurnakan majlis penyerahan kunci dua van jenazah Toyota Hiace yang disumbangkan oleh Affin Bank Berhad kepada JBPM Kelantan, dengan nilai keseluruhan berjumlah RM439,000.

“Sehubungan itu, satu unit van jenazah akan diserahkan kepada JBPM Kelantan, manakala satu unit lagi akan disalurkan kepada JBPM Pulau Pinang dengan mengambil kira keperluan mobilisasi jarak jauh serta aspek kebajikan anggota.

“Diharapkan sumbangan bernilai ini dapat dimanfaatkan secara optimum bagi meningkatkan kecekapan operasi, selain memberi manfaat secara langsung kepada anggota serta masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, sehingga Disember 2025, keahlian Persatuan Kebajikan JBPM Kelantan adalah 553 orang, iaitu 83.7 peratus ahli berdaftar dan berharap ia dapat ditingkatkan kepada 90 peratus pada tahun ini. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *