Sabitan kes rogol Da’i Syed tidak selamat, tidak sepatutnya dikekalkan – Peguam

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan semalam, diberitahu sabitan bagi kesalahan rogol terhadap pendakwah selebriti Da’i Syed adalah tidak selamat dan tidak sepatutnya dikekalkan kerana terdapat beberapa kelemahan dalam kes pihak pendakwaan khususnya berhubung isu persetujuan.

Peguam Datuk M.M. Athimulan yang mewakili Da’i Syed berhujah, keterangan saksi pendakwaan sendiri mendedahkan terdapat pelbagai keadaan yang menunjukkan hubungan seksual antara perayu dan mangsa berlaku atas dasar suka sama suka.

Beliau memaklumkan panel tiga hakim, Datuk Azman Abdullah, Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid bahawa hakim Mahkamah Sesyen yang pertama mendapati mangsa bersetuju melakukan hubungan seks berdasarkan tindak-tanduknya sebelum dan selepas insiden itu.

Athimulan berkata, Mahkamah Sesyen telah melepas dan membebaskan Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful di akhir kes pendakwaan tanpa dipanggil membela diri.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Bagaimanapun, beliau berkata, keputusan itu kemudian diketepikan oleh Mahkamah Tinggi yang memutuskan pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie dan memerintahkan Da’i Syed membela diri.

Perayu kemudian didapati bersalah oleh hakim Mahkamah Sesyen yang lain.

Athimulan berhujah, hakim Mahkamah Sesyen yang kedua telah terkhilaf kerana gagal memberikan penilaian maksimum terhadap keterangan kedua-dua pihak dan menyebabkan berlaku ketidakadilan kepada perayu.

Beliau berkata, Da’i Syed tidak pernah memaksa mangsa ke rumahnya, dan wanita itu boleh menolak mengikut pendakwah selebriti tersebut dan mempunyai peluang untuk pergi, namun memilih untuk tidak berbuat demikian.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Athimulan juga berhujah perbualan di platform media sosial Instagram selepas itu yang dimulakan oleh mangsa tidak mengandungi unsur tuduhan rogol, sebaliknya menunjukkan dia ingin bertemu lagi, sedangkan perayu berulang kali menyatakan beliau sibuk.

Da’i Syed, 31, sedang merayu terhadap sabitan serta hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen terhadapnya bagi pertuduhan merogol mangsa yang ketika itu berumur 23 tahun di sebuah kondominium di Shah Alam pada jam 1.35 pagi 11 September 2019.

Pada 23 Januari lalu, Mahkamah Tinggi menolak rayuannya dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen, sekali gus mendorong pendakwah selebriti itu membawa kes berkenaan ke Mahkamah Rayuan, manakala pendakwaan mengemukakan rayuan balas terhadap hukuman.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Iznina Hanim Hashim yang mewakili pendakwaan berhujah, keterangan saksi menyokong naratif dia telah dirogol, selain bukti keadaan yang menunjukkan wanita tersebut mengalami kemurungan serta perubahan tingkah laku susulan insiden berkenaan.

Beliau berkata, mangsa telah mendapatkan rawatan di hospital dan laporan perubatan menyebut antara faktor penyumbang kepada kemurungannya ialah dakwaan serangan seksual itu.

Iznina Hanim juga berkata, keputusan mangsa mengikut perayu ke rumahnya, tindakannya untuk tidak beredar selepas mendapati tiada orang lain di situ mahupun kelewatan membuat laporan polis berhubung insiden itu tidak bermakna wanita berkenaan bersetuju melakukan hubungan seksual.

Beliau berkata, bukan mudah untuk mangsa membuat laporan polis terhadap perayu yang dikenali ramai sebagai pendakwah.

Mahkamah Rayuan kemudian menangguhkan prosiding itu dan menetapkan 17 Ogos ini sebagai pengurusan kes bagi menentukan tarikh keputusan. 

Peguam Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff, yang turut mewakili Da’i Syed memaklumkan media, mahkamah akan memutuskan pada tarikh akan datang sama ada mengekalkan sabitan, dan sekiranya sabitan itu dikekalkan maka kedua-dua pihak akan berhujah mengenai hukuman. – BERNAMA 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *