Kebakaran Dewan Hotel Cetus Kekecohan, Lebih 1,000 Tetamu Selamat

MELAKA – Suasana majlis makan malam melibatkan lebih 1,000 kakitangan sebuah syarikat pembersihan di sebuah hotel di Bukit Katil bertukar cemas apabila berlaku kebakaran di dewan hotel berkenaan pada malam Rabu.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 malam itu menyebabkan para tetamu dan kakitangan bertempiaran keluar bagi menyelamatkan diri sebaik kebakaran disedari ketika majlis sedang berlangsung.

Bagaimanapun, semua yang berada dalam dewan berjaya mengosongkan kawasan tersebut dan dilaporkan selamat.

Seorang individu terpaksa dihantar ke hospital selepas mengalami sesak nafas akibat terhidu asap dan terdedah kepada bahang panas.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.14 malam.

Menurutnya, kebakaran melibatkan bahagian dewan hotel berkenaan dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil segera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba tiba tidak lama selepas panggilan diterima dan operasi pemadaman sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *