Oleh: Abdul Ghaffar Daud

RANTAU PANJANG – Pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat Maahad Muhammadi Rantau Panjang (MMRP) menganjurkan jamuan akhir tahun persekolahan sebagai usaha mengeratkan silaturahim antara pelajar, guru dan kakitangan sekolah di sini, hari ini.
Jamuan yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari itu dianjurkan secara bermuafakat dengan penglibatan aktif pelajar dalam penyediaan juadah dan pengurusan tempat, selain menjemput semua guru serta kakitangan untuk bersama-sama memeriahkan majlis.
Guru Tingkatan Empat, Mohamad Saifullah Muhamad Agus berkata, penganjuran jamuan tersebut memberi ruang kepada pelajar untuk mengukuhkan hubungan ukhuwah, di samping menutup tirai sesi persekolahan dengan suasana harmoni.
“Saya mengarahkan seorang pelajar kelas saya menjemput semua guru dan kakitangan agar hubungan silaturahim dapat dieratkan,” katanya.
Menurut beliau, aktiviti seumpama itu turut mendidik pelajar agar berdikari serta memupuk semangat gotong-royong dan tanggungjawab dalam kalangan mereka sejak di bangku sekolah.
Katanya, selain menceriakan suasana akhir tahun, program tersebut mampu membentuk nilai kebersamaan dan kekeluargaan dalam kalangan warga sekolah.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001