Feri baharu Pengkalan Kubor-Takbai dijangka mula beroperasi tahun depan - Ahmad Maslan

PRN Sabah: Jangan sabotaj calon BN – Ahmad Maslan

PETALING JAYA – Ahli UMNO diberi peringatan tidak mensabotaj mana-mana calon yang dipilih bertanding dalam PRN Sabah tidak lama lagi dan menerima keputusan pucuk pimpinan parti dengan hati terbuka.

Ketua Sekretariat War Room UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, proses pemilihan calon pada peringkat akhir dan keputusan dibuat selepas meneliti pelbagai pandangan serta pertimbangan daripada UMNO Sabah dan pusat.

“Saya berharap sesiapa pun yang diputuskan menjadi calon perlu diterima. Jangan ada sabotaj atau ‘cah keting’ yang hanya akan rugikan parti pada PRN kali ini,” katanya yang dipetik Sinar Harian dalam satu program di Johor.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu juga berkata, menjadi calon bukan perkara mudah kerana kehidupan selepas itu bukan lagi milik diri dan keluarga semata-mata, tetapi untuk rakyat.

“Bila jadi calon, mereka perlu bekerja keras memastikan kemenangan. Saya ucapkan selamat berjuang kepada mereka yang dipilih,” katanya.

Beliau turut menasihatkan mereka yang tidak terpilih agar kekal setia dan beri kerjasama kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kemenangan parti.

BN dijangka mengumumkan senarai calon yang bertanding seminggu sebelum hari penamaan calon pada 15 November ini.

Terdahulu hari ini, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seru Bung Moktar Radin berkata, gabungan itu akan bertanding kurang 48 kerusi pada PRN kali ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon PRN Sabah pada 15 November ini, manakala tarikh pengundian awal dan hari pengundian masing-masing pada 25 dan 29 November.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *